Resepi Kuih Ketayap @Kuih Gulung Simple
Bahan untuk inti:
1/2 biji kelapa parut
1/4 cawan gula melaka@1/2 cawan gula pasir (ikut kemanisan)
2-3 helai daun pandan
1/2 sudu kecil garam
P/S: sambil masak sambil rasa hihi...nak letak dua2jenis gula pun boleh
Bahan untuk kulit:
2 cawan tepung gandum
2 cawan santan sederhana cair, anggaran dari 1/3 biji kelapa
>>@xde santan guna air jer (ikut kepekatan jgn cair sgat)
1 biji telur
4-5 helai daun pandan (xde pun xpe)
1 sudu kecil garam
2-3 titik pewarna hijau (optional)
Cara Penyediaan:
Cara-cara untuk inti:
Masukkan kelapa parut, air, gula merah@ gula pasir, garam dan daun pandan di dalam kuali.
Masak di atas api yg perlahan, kacau sehingga sebati dan sedikit kering. Sejukkan.
Cara-cara untuk kulit:
Kisar 1/3 biji kelapa parut bersama daun pandan, dengan anggaran air supaya menghasilkan 2 cawan santan. Perah dan tapis. @xde santan ganti air biasa
Bancuh santan@air bersama tepung gandum, garam, telur dan beberapa titik perwarna jika mahu, supaya kulit menjadi lebih hijau. Kacau sebati menggunakan whisk xde whisk kocik guna pemilik telur jer dan kemudian tapis supaya tiada ketulan. Bancuhan tepung sepatutnya menjadi sedikit cair.
Panaskan kuali yg di griskan dengan sedikit minyak. Tuang satu senduk bancuhan tepung dan ratakan dengan memusingkan kuali ke kiri dan ke kanan supaya mendapat bentuk bulat. Ratakan bahagian atas menggunakan sudip jika perlu jika dah rata xperlu. Anggran 3-4 minit di atas kuali.
Angkat dan gulung bersama inti...gulung ketika lapisan adunan masih panas..
P/S: xperlu terbalikkan adunan
Selamat mencuba...

Tiada ulasan:
Catat Ulasan