Sabtu, 10 Oktober 2015

Contoh paling bagus dalam bahasa paling mudah tentang harga emas yang dikatakan tidak pernah susu.

Contoh paling bagus dalam bahasa paling mudah tentang harga emas yang dikatakan tidak pernah susut :

Seekor kambing zaman Nabi Muhammad SAW = 1 dinar
Seekor kambing zaman sekarang = 1 dinar
Contoh kedua untuk menunjukkan perbezaan antara emas VS wang kertas :

Cuba gunakan Ringgit Malaysia(semata) semasa anda melancong ke Australia, boleh?
Ataupun, anda gunakan pula emas yang anda bawa semasa melancong ke Amerika, boleh?

Kepentingan Emas dari sudut Islam.


Kepentingan Emas dari sudut Islam.

“Dan di antara ahli-ahli kitab, ada orang yang kalau engkau amanahkan dia menyimpan sejumlah besar harta sekalipun, dia akan mengembalikannya (dengan sempurna) kepada kamu dan ada pula di antara mereka, yang kalau engkau amanahkan menyimpan hanya satu dinar sahaja pun, dia tidak akan mengembalikannya kepada kamu, kecuali kalau kamu selalu menuntutnya”. (Surah Ali Imran : 75)

“Dan (setelah berlaku perundingan), dan adik beradik Nabi Yusuf telah menjual Yusuf dengan harga yang murah, iaitu beberapa dirham sahaja…” (Surah Yusuf:20)

Selain dari petikan surah-surah di atas, ada beberapa perkataan dinar dan dirham tercatat dalam Hadis Rasulullah SAW seperti berikut:

Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW telah bersabda “Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham (untuk digunakan). Hadis dari Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal

“Dinar yang engkau belanjakan di jalan Allah, dinar yang engkau belanjakannya dalam membebaskan hamba, dinar yang engkau sedekahkan kepada orang miskin, dan dinar yang engkau belanjakannya untuk ahli keluarga kamu. (Hadis)
Yang paling besar pahalanya (di sisi Allah) ialah dinar yang kamu belanjakannya untuk (memenuhi keperluan dan membangunkan potensi hidup) ahli keluarga kamu.” (Hadis)
Jelas sekali jika kita lihat daripada laporan Abu Bakar Ibn Abi Maryam itu apabila Rasulullah SAW sendiri bersabda mengenai kepentingan emas sehingga ke akhir zaman.